Homer Simpson

Homer Jay Simpson adalah watak rekaan dan protagonis utama dalam siri televisen Amerika The Simpsons sebagai ketua keluarga bagi keluarga Simpson. Ia di alih suara oleh Dan Castellaneta dan pertama kali muncul di telivisen, bersama keluarganya yang lain, dalam The Tracey Ullman Show "Selamat Malam" singkat pada 19 April 1987. Homer telah dicipta dan direka oleh kartunis Matt Groening ketika dia menunggu di lobi pejabat James L. Brooks. Groening telah dipanggil bagi menjual siri ringkas berdasarkan strip komiknya Life in Hell (Hidup di Neraka) tetapi sebaliknya memutuskan untuk mencupta satu set watak baru. Dia menamakan watak tersebut sempena bapanya, Homer Groening. Selepas muncul selama tiga musim dalam The Tracey Ullman Show, keluarga Simpson akhirnya mendapat siri mereka sendiri di Fox Broadcasting Company yang mula tayang pada 17 Disember 1989.Homer dan isterinya, Marge Simpson mempunyai tiga orang anak: Bart Simpson, Lisa Simpson, dan Maggie Simpson. Sebagai ketua keluarga, dia bekerja di Logi Nuklear Springfield sebagai operator logi kuasa. Homer merangkumi beberapa sterotaip kelas kerja Amerika Syarikat: dia merupakan seorang yang kasar, botak, obes (gemuk), canggung, pemalas, kuat minum, bingung dan bodoh; bagaimanapun, dia pada asasnya seorang yang baik dan amat taat pada keluarganya. Sungguhpun mempunyai kehidupan biasa sebagai pekerja kolar biru pinggir bandar, dia telah mengalami beberapa pengalaman yang luar biasa.Dalam episod singkat dan lebih awal, Castellaneta membunyikan Homer dengan menyerupai Walter Matthau; bagaimanapun, semasa siri kedua dan ketiga tayangan setengah jam, suara Homer berubah menjadi lebih tegas, membolehkan ekpresi emosi yang lebih luas. Dia juga muncul dalam media lain yang berkait dengan The Simpsons – termasuk permainan video, "The Simpsons Movie", "The Simpsons Ride", perdagangan dan buku komik;– dan mengilhamkan keseluruhan barisan barang dagangan. Kata popularnya, merengus "D'oh! ", telah dimasukkan dalam Kamus Baru Oxford untuk Inggeris ("The New Oxford Dictionary of English" sejak 1998 dan Kamus Inggeris Oxford ("Oxford English Dictionary") sejak 2001.Homer merupakan watak paling berpengaruh dalam sejarah telivisen. Akhbar British The Sunday Times menggambarkan dia sebagai "ciptaan komik teragung bagi masa moden". Dia telah dinamakan sebagai watak terbesar "bagi 20 tahun terakhir" pada 2010 oleh Entertainment Weekly, disenaraikan watak karton kedua terbesar oleh TV Guide, selepas Bugs Bunny, dan dipilih sebagai watak telivisen terbesar sepanjang masa oleh penonton Channel 4. Bagi alih suara Homer, Castellaneta telah memenangi empat Anugerah Primetime Emmy bagi Persembahan Alih Suara Terbaik ("Outstanding Voice-Over Performance") dan Anugerah Annie pencapaian khas. Pada 2000, Homer dan keluarganya dianugerahkan satu bintang di Laluan Hollywood bagi Kemashyuran ("Hollywood Walk of Fame").

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Homer Simpson http://www.theage.com.au/articles/2003/02/27/10460... http://www.theage.com.au/articles/2004/04/02/10805... http://www.cbc.ca/arts/story/2003/05/30/homer30050... http://www.macleans.ca/article.jsp?content=2007072... http://www.abqtrib.com/news/2007/jun/23/voice-home... http://www.calendarlive.com/tv/cl-ca-baker16feb16,... http://www.canada.com/montrealgazette/story.html?i... http://www.cbsnews.com/stories/2004/05/01/entertai... http://www.cnn.com/2003/SHOWBIZ/TV/02/13/simpsons.... http://popwatch.ew.com/2010/06/09/simpsons-matt-gr...